Haritz's Blog

Music Information and Friend

Rock On

setelah sekian lama tak tengok konsert

Pada pagi sabtu member aku dah call aku tanya nak tengok konsert DT. Aduh dah berapa lama aku tak tengok konsert bro. Aku tanya berapa nak kena bayar. Jawapannya “gratis”. Uik!! free, rugi plak rasanya kalau tak pegi. At last jawapan aku “ON” . OK, nanti jumpa aku kat padang. Kebetulan pada petang tu ada game bola kat Batu Cantonment.

Selepas game habis sekitar jam 7.00 mlm dengan pantas kami bertolak ke Sunway Lagoon ( mesti korang pikir aku skip Maghrib..cis.!!)  Sampai sana sekitar jam 8.30 mlm orang dah ramai kat ruang legar Sunway Lagoon. Yerlah manakan Christmas lagi yer tak! Ramainya manusia. Pusing2 cari parking jer kat 1/2 jam. Dapat jer parking terus masuk ikut enterence belakang. Sampai kat gate aku tanya kat member aku “woi, naper tak masuk..”. Jap tiket takder. Aik! ajak aku tapi tiket takder, camner ni. Rilek jap gi tiket sampai.

Member aku sibuk call sana, call sini. Last sekali orang yang ditunggu pun tiba. Nah pass kau!. Alamak “CREW” ler hehe. Cantik pass crew boleh le jelajah sampai belakang stage. Kami pun masuk ikut kawasan khas. Sampai dalam konsert dah nak start. Pot ‘hantu’ dah penuh. Belakang masih banyak lagi. Jadi aku buat keputusan lepak kat belakang jer memandangkan kami bukan muda lagi nak bangging. Ramai gak yang baya2 aku datang bawak anak bini pot kat area aku. Lebih santai dan enjoy.

konsert Double Trouble
Metro cover page

Tiba2 dengar DJ memperkenalkan Lan Typewitter untuk acara pembukaan. Maka bermulalah konsert ni. Suara Lan memang nyaring. Kira2 Awie sendiri pun tak ‘tertarik’ dengan jeritan Lan. Lan selamba jer kalau awie tu aku rasa 10 kali dah batuk agaknya. Kira lan OK lah sebagai pembuka tirai. Dia nyanyi 2 lagu mlm tu dari album Search dan Wing. Thump-up!

Kini tiba giliran Search untuk mendendangkan lagu. Seperti yang aku sangka penonton hiruk pikok bila Amy keluar. Hati kecik aku bertanya diorang ni kenal ke Amy, bukan zaman diorang ni, kira2 zaman aku ni. Lantaklah layan jelah. Muzikkan universal. Tak kira umur dan zaman.

Seperti yang aku agak persembahan malam tu dari Amy dan Awie biasa jer sbb dah otai nak tarik lebih2 pun dah tak larat tapi muzik masih mantap. Black masih mempunyai kederat untuk memalu drum dengar sekuat hatinya. Kira masih utuh gayanya. Yang lain seperti aku dah biasa dengar, nothing extra, yang extra sbb ada muzik iringan dari orkestra. That all. Bukan aku tak nak puji tp mungkin jiwa dah nak masuk ‘otai’ ni lain kot hehe. Tambahan pula malam tu sound dia agak ‘pecah’ tak berapa soft. Bunyi bass lebih da speaker bunyi mcm pecah jer. Keseluruhan OK

Time nak balik member aku ajak pi belakang stage. Kira2 nak tengok artis la ni. Dapat masuk tp tak boleh dekat takut aku terkam, kata security kat situ. Ciss !! belum pernah aku tergila2kan artis. Aku nak tengok suasana jer tapi secutiry tu ingat aku fanatik. Panas punya hal aku cau awal.

Purata kosert ni aku bagi 3 bintang la. Itu pun kira banyak. Kalau ikut 1/2 bintang jer miahahaha. (poyo jer bintang2 ni) Jadi itulah catatan aku ke konsert DT pada hari itu. Malam tu aku tidur lena bukan kerana puas tp kerana penat berjalan. Jauh gila parking ngan tempat konsert. Jumpa di lain konsert itu pun kalau ada tiket free lagi hehe.

Wasalam

Share:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • RSS
  • Google Buzz
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Tumblr

Gambar 2 Kemalangan Simpang Pulai – Cameron

simpang pulai- cameron

simpang pulai-cameron

simpang pulai-cameron

simpang pulai-cameron

simpang pulai-cameron

simpang pulai-cameron

Share:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • RSS
  • Google Buzz
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Tumblr

Anak Kapak Ibu Di Beranda Rumah

Suspek dipercayai penagih dadah ditahan
HALIM (kanan) mengangkat mayat isterinya selepas bedah siasat di bilik mayat Hospital Pekan, semalam.
SUSPEK bersama Che Wa.
PEKAN: Seorang ibu mati ditetak di kepala oleh anak lelakinya berusia 23 tahun ketika sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 10.30 malam, mangsa, Che Wa Isa, 57, ditetak dengan kapak oleh anak lelakinya yang dipercayai penagih dadah.
Akibat tetakan itu, mangsa rebah di depan rumah, manakala suspek terus beredar dari tempat kejadian dengan memegang kapak.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahya Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.
Katanya, polis menahan suspek di sebuah pondok yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian, malam kelmarin.
“Kita turut menemui sebilah kapak pemotong sawit yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak kepala ibunya.
“Ujian air kencing turut mendapati suspek positif ganja,” katanya di sini, semalam.
Yahya berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai gemar membaca buku berkaitan makhluk halus dan dikatakan percaya ibunya sudah lama mati dan yang tinggal dalam jasad ibunya hanyalah saka dan santau.
Beliau berkata, ketika kejadian, suami mangsa, Halim Ismail, 58, sedang memberi makan cucunya berusia tiga tahun dalam rumah dan mendengar bunyi seperti benda terjatuh diikuti dengan laungan ‘Allahuakbar’.
“Selepas 10 minit kemudian, suami mangsa keluar ke depan rumah dan terkejut melihat mangsa terbaring dan bajunya dipenuhi darah,” katanya.
“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,” katanya sambil memaklumkan laporan bedah siasat turut mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk pada kepala.
Sementara itu, Halim yang ditemui berkata, beliau sama sekali tidak menyangka kejadian itu kerana menyifatkan anaknya seorang pendiam, baik serta tidak pernah meninggalkan solat.
Malah, katanya, suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik seorang yang rajin dan sering membantunya di kebun sawit.
Sumber : Berita Harian Online
Share:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • RSS
  • Google Buzz
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Tumblr

Facebook jadi media alternatif untuk piliharaya Galas

Kini kita tahu betapa pentingnya Facebook ketika ini sebagai media yang baik untuk sampai kepada golongan sasar.

Share:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • RSS
  • Google Buzz
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Tumblr

Sosilawati hilang

Oleh Hardi Effendi Yaacob : (BHarian)

2010/09/06

pix_gal0

Jutawan kosmetik tak dapat dikesan sejak 30 Ogos

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.

Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.

Sooselawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.

Difahamkan, selain pemandunya, Sooselawati turut ditemani dua lagi individu. Ketiga-tiga individu itu juga tidak dapat dikesan sehingga malam tadi.

Berdasarkan maklumat diterima, tiga individu yang bersama Sooselawati ialah peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank yang mengikuti ahli perniagaan itu untuk meninjau projek terbarunya di Banting, katanya.
Kali terakhir Sooselawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dua hari sebelum itu, Sooselawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan pihaknya menerima dua laporan dibuat ahli keluarga jutawan berkenaan berhubung misteri kehilangannya.

Pengadu (anak Sooselawati) memberitahu ibunya tidak pulang pada tarikh sepatutnya, selain mereka gagal mengesan dan menghubunginya.

Sama ada kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, itu semua sedang disiasat. Setakat ini, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana keluarganya belum menerima apa-apa panggilan menuntut wang tebusan, katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Share:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • RSS
  • Google Buzz
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Tumblr

Facebook

Twiiter

NetworkedBlogs on Facebook

Sembang kedai Kopi

Slideshow

Get the Flash Player to see the slideshow.

Calendar

September 2011
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archives